5. Menanam Padi
Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong royong). Dalam proses ini anak padi (semai) yang cukup tempoh matang akan dipindahkan ke dalam petak-petak sawah yang disediakan. Cara penanamannya dijalankan dengan empat atau lima jalur yang dipanggil "tekap". Kerja-kerja menanam padi ini dijalankan dengan menggunakan tangan atau "Kuku" Kambing iaitu sejenis alat yang pemegangnya diperbuat daripada kayu. Manakala hujungnya daripada besi yang dicabangkan sedikit untuk memudahkan semai diletak sebelum ditanam ke tanah. |