CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Tumbuhan Ubatan Tradisional / Herba Ubatan
- Pengenalan
Bibliografi
Penghargaan
Pengenalan

Banyak rahsia alam telah tersingkap melalui penggunaan tumbuhan sebagai ubatan. Sejak zaman berzaman, manusia telah mendapat khasiat daripada tumbuhan.

Orang Melayu khususnya telah lama menggunakan tumbuhan untuk mengubati penyakit. Sebahagian besar tumbuhan yang berubat dan yang boleh dijadikan ramuan dalam mengubati penyakit boleh ditemui di sekitar kawasan rumah dan kediaman.

Kebanyakan tumbuhan ini ditanam sejak zaman berzaman oleh nenek moyang kita sebagai tanaman hiasan dan juga untuk dijadikan ubat. Ubat-ubat ini biasanya disediakan dengan mencampurkan beberapa jenis tumbuhan dan bahagian-bahagian yang tertentu supaya lebih mujarab. Kadangkala, ubat ini dijampi dan diikuti dengan doa dan petua-petua tertentu.

Bahagian-bahagian yang sering digunakan termasuklah akar, batang, bunga, pucuk dan daun. Bahagian-bahagian ini biasanya direbus dan diminum airnya. Terdapat juga bahagian tumbuhan yang diasah dan disapukan airnya kepada bahagian yang sakit.

Setiap tumbuhan yang ingin digunakan sebagai ubat hendaklah dikenalpasti dengan betul. Ini kerana tumbuhan yang berbeza mungkin akan mempunyai khasiat yang berbeza, dan ada juga yang boleh memudaratkan.

Tumbuhan ubatan juga perlu diambil dalam sukatan yang ditentukan. Ini kerana sukatan yang berlebihan, besar kemungkinan akan memberi kesan sampingan yang tidak baik. Oleh itu, setiap ubatan yang dihasilkan daripada tumbuhan mestilah disediakan dan diambil dengan cara dan sukatan yang betul.

 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024