CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sungai Petani Dalam Arus Pembangunan
- Sejarah Negeri Kedah
Mula 1-1 Akhir
Sejarah

Kedah merupakan sebuah negeri Melayu yang menyandang penghormatan sebagai negeri yang tertua di Malaysia. Berbanding dengan negeri-negeri yang masih wujud, Kedah adalah negeri yang tertua di Asia Tenggara. Banyak negeri yang muncul sebelumnya telah lenyap dan ada sesetengahnya hanya wujud beberapa dekad atau beberapa abad sahaja.

Negeri Kedah meliputi kawasan seluas 3600 batu persegi. Jauhnya dari utara ke selatan adalah 101 batu, manakala dari Timur ke Barat pula adalah 64 batu. Di samping itu, negeri Kedah mengandungi rangkaian pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Songsang, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Payar. Manakala terdapat dua buah pulau lagi di utara Pulau Langkawi, iaitu Pulau Andang dan Pulau Terutau. Walau bagaimanapun, kedua-dua buah pulau tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Siam.

Seterusnya, sempadan negeri Kedah telah ditetapkan dengan rasminya selepas kurun ke-19, setelah kajian untuk penentuan sempadannya dijalankan pada tahun 1898. Hasil daripada kajian tersebut maka terbentuklah sempadan rasmi untuk negeri Kedah seperti kedudukan geografinya pada hari ini. Selain itu, negeri Kedah di sempadani oleh negeri Perlis di sebelah utara dan negeri Pulau Pinang (Seberang Prai) serta negeri Perak di sebelah selatan. Manakala dari segi kedudukannya pula, negeri Kedah terletak di garis lintang 6 ˚ 5' ke sebelah Utara dan 100 ˚ 26' ke sebelah Timur dengan kawasan yang memanjang sejauh lebih kurang 123.4 kilometer.

Manakala dari segi pentadbirannya pula, negeri Kedah telah dibahagikan kepada 11 buah daerah yang terdiri dari daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Star, Kuala Muda, Bandar Baru, Kulim, Baling, Sik, Yan dan Pulau Langkawi. Sebuah daerah yang agak penting dalam negeri Kedah ialah daerah Kuala Muda. Dalam hal ini, daerah Kuala Muda menjadi penting kerana di sinilah letaknya bandar Sungai Petani yang merupakan bandar yang kedua besarnya di negeri Kedah selepas bandar Alor Setar.

Daerah Kuala Muda yang terletak di bahagian selatan negeri Kedah terdiri daripada 16 buah mukim. Antara mukim-mukim tersebut ialah Bujang, Gurun, Bukit Mertajam, Haji Kudung, Kota, Kuala, Pakula, Merbok, Semeling, Rantau Panjang, Sidam Kiri, Simpor, Teloi Kiri, Sungai Pasir dan Sungai Petani. Selain itu, daerah Kuala Muda juga meliputi kawasan seluas 360 batu persegi dari keluasan negeri Kedah.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
     
 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024