CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Buah-buahan Nadir
- Pengenalan
Penghargaan
Pengenalan

Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Spesis buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu buah-buahan utama, buah-buahan nadir dan buah-buahan liar.

Pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir hutan.

Spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti buah tampoi dan salak. Selain dimakan dalam keadaan segar, beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga berpotensi untuk diproses. Antaranya buah sentul, asam jawa, cermai dan sebagainya. Biasanya buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat diproses untuk dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya.

Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan hampir-hampir dilupakan, usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini dirasakan perlu.

 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024