CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Rumah dan Peralatan Pertukangan Tradisional Melayu Kedah
- Pengenalan
Penghargaan
Pengenalan

Di Kedah, rumah-rumah tradisional begitu berkurangan kerana telah banyak dirobohkan dan digantikan dengan rumah-rumah yang moden. Rumah-rumah tradisional lama dihiasi indah dengan ukiran-ukiran. Ini menyebabkan sukar untuk mendapatkan rumah-rumah seperti ini sekarang kerana tiada tukang-tukang yang mahir untuk membina rumah-rumah seperti ini.

Pembinaan rumah tradisional menggambarkan tentang ketinggian mutu kesenian orang-orang Melayu dahulu. Pembinaan rumah-rumah mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini mereka tonjolkan pada ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah mereka seperti tumbuh-tumbuhan, kehidupan dan juga benda.

Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang.

Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah mereka. Mereka begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahupun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa.

 
 
   
 
 
     
 
     
03 December 2024