CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sejarah Pentadbiran Negeri Kedah
- Pengenalan
Bibliografi
Penghargaan
Pengenalan

Negeri Kedah Darul Aman sungguh bertuah kerana mendapat pucuk pimpinan silih berganti dari tokoh-tokoh yang bijaksana, berpandangan jauh, bertanggungjawab serta yakin akan segala perancangan yang dibuat demi pembangunan rakyat dan negara.

Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri Malaysia dan juga Bapa Kemerdekaan memperlihatkan kewibawaannya yang unggul. Banyak tindakan dan langkah-langkah yang diambil adalah merupakan kepentingan jangka panjang serta memandang jauh ke hadapan demi kesejahteraan rakyat dan negara. Tun Dr. Mahathir Mohamad pula mengambil alih pimpinan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri ke-4 dengan membawa era pembaharuan meliputi aspek ekonomi, sosial, politik, agama, pentadbiran dan juga perhubungan antarabangsa. Visi beliau cukup jauh dengan menyuarakan harapan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menerusi Wawasan 2020. Di peringkat global, Tun Dr. Mahathir begitu lantang menyuarakan mengenai pendirian Malaysia terutamanya di dalam forum-forum antarabangsa termasuk di Perhimpunan Agung PBB, Persidangan Negara-Negara Berkecuali dan sebagainya.

Sebelum merdeka dua orang tokoh yang pernah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah iaitu Haji Mohamad Sherif bin Osman (1948 - 1954) dan YTM Tunku Ismail bin Tunku Yahya (1954 - 1959) telah pun merintis ke arah pentadbiran negeri yang cukup mantap dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan dari sudut sosial seperti pelajaran, keagamaan, bidang kesihatan dan perubatan, komunikasi dan pembandaran dan juga pelbagai kemajuan dari aspek ekonomi dan politik.

Era selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957, menyaksikan proses pengisian kemerdekaan di Negeri Kedah melalui pelaksanaan pelbagai projek dan pembaharuan serta pembangunan infrastruktur, sosio ekonomi untuk kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat telah dilaksanakan berperingkat-peringkat dan dalam fasa-fasa tertentu di bawah pentadbiran beberapa orang Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat. Mereka ialah YAB Dato' Syed Omar bin Syed Abdullah Shahabudin (1959-1967), YAB Dato' Seri Utama Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabudin (1967-1978), YAB Dato' Seri Syed Nahar bin Tun Syed Sheh Shahabudin (1978-1985), YAB Tan Sri Dato' Seri Haji Osman bin Haji Arof (1985-1995), YAB Tan Sri Dato' Seri Sanusi bin Junid (1995-1999) dan kini Kedah diterajui oleh kepimpinan YAB Dato' Seri Diraja Dato' Syed Razak bin Syed Zain Barakbah.

 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024