CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Mercu Tanda Kedah Darul Aman
- Pengenalan
Bibliografi
Penghargaan
Pengenalan

Negeri Kedah Darul Aman semakin berkembang dari semasa ke semasa. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai perkembangan sejarahnya yang tersendiri, Kedah telah berjaya membina identitinya sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

Mercu Tanda Kedah Darul Aman yang dipamerkan ini adalah bagi memperkenalkan kepada masyarakat luar khususnya dan generasi muda mengenai bangunan, binaan, monumen yang terdapat di Negeri Kedah yang dapat menggambarkan identiti Negeri Kedah itu sendiri.

Bangunan yang terdapat di sekitar bandar Alor Setar seperti Muzium DiRaja, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni dan Masjid Zahir, kebanyakannya diasaskan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II pada tahun 1735.

Kebanyakan bangunan ini telah dibina semula oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah pada 1882-1943 dengan mengekalkan reka bentuk asal dan diperindahkan dengan seni bina yang lebih menarik.

Bangunan-bangunan ini telah menjadi mercu tanda bagi Negeri Kedah pada masa tersebut.

Dalam meniti era arus kemodenan, Kedah telah berkembang semakin pesat dan hasil dari kepesatan inilah, telah muncul pelbagai lagi daya tarikan dengan terdirinya bangunan-bangunan serta lain-lain monumen dalam memperindah Kedah dan seterusnya menjadi mercu tanda bagi Negeri Kedah Darul Aman.

Mercu Tanda yang terbina ini secara tidak langsung mempunyai pelbagai kaitan dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi di Kedah sama ada dari segi sejarah, pelancongan, ekonomi, komunikasi, politik, institusi DiRaja, ketamadunan, keagamaan dan sebagainya yang mewarnai segala kegiatan yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman.

Isi kandungan di dalam projek ini telah dibahagikan mengikut daerah-daerah yang terdapat di mana setiap tempat di dalam daerah tersebut disusun mengikut abjad.

 
 
   
 
 
     
 
     
03 December 2024