CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sejarah Bola Sepak Kedah
- Sejarah Perkembangan
Mula 1-1 Akhir

Tahun 1900
Bola sepak diperkenalkan oleh orang Inggeris yang tinggal di Negeri Selat. Selain itu terdapat juga wakil Inggeris yang berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah telah berusaha mempopularkan bola sepak.

Tahun 1908
E.A.G Stewart, pengusaha pelajaran Kedah telah berusaha memperluaskan permainan bola sepak apabila "Government English School" dibuka.

Tahun 1918
Piala Tengku Sulong diperkenalkan dan Piala Tahunan Ham dipertandingkan antara Kedah dan Pulau Pinang.

Tahun 1920
"HMS Malaysia Cup" diperkenalkan. Pasukan Kedah memenangi "Piala HAM. "Police Football Club"", Eric Football Club", "Perak Baru Football Club", "Kanchut Football Club" dan "Custom Football" ditubuhkan.

Tahun 1921
"Malaya Cup" diperkenalkan.

Tahun 1924
Persatuan Bola Sepak Kedah ditubuhkan. YTM Tengku Yaakob sebagai presiden dan Encik Samsudin sebagai setiausaha.

Tahun 1930
Kedah menghantar pasukan bola sepak ke pertandingan "Malaya Cup". Kedah berjaya ke pertandingan akhir "Malaya Cup" menentang Singapura pada tahun 1940. Kedah tewas 0-2.

Tahun 1948
Kedah memenangi Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Singapura dengan 2-0.

Tahun 1949
Kedah memenangi Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perak dengan 1-0.

Tahun 1952
Kedah berjaya menjadi johan Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perak 4-1. Pertandingan kalah mati "Piala FAM" dimulakan.

Tahun 1953
Kedah menewaskan Negeri Sembilan 4-1 untuk menjadi johan Piala Emas Raja-Raja.

Tahun 1962
Tuan Syed Hood dilantik sebagai ketua pasukan belia Malaysia dan Stadium Darul Aman siap dibina.

Tahun 1967
"Malaya Cup" ditukarkan kepada "Malaysia Cup".

Tahun 1977
Pertandingan bola sepak antara daerah-daerah diadakan.

Tahun 1980
Michael D.Everest, jurulatih dari England diambil untuk memberi latihan kepada pasukan Kedah.

Tahun 1984
Dato Ahmad Basri Akil dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Petugas dan juga sebagai Timbalan Pengurus Pasukan.

Tahun 1985
YAB Dato Seri Haji Osman Aroff dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Dato Ahmad Basri dilantik menjadi pengurus dan Tuan Haji Ahmad Shafie dilantik sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Tahun 1987

  • Sultan Kedah merasmikan Kompleks Sukan Muadzam Shah yang berharga RM2.7 juta pada 2-2-1987.
  • Kedah mencipta sejarah dengan menewaskan Pahang 2-0 untuk menjadi juara bola sepak MSSM bawah 18 tahun di Kejohanan Piala Rahman di Alor Setar pada 12-4-1987.
  • Kedah menjadi naib johan bola sepak Piala Razak dan tewas kepada Pahang 1-3 di Stadium Merdeka pada 3-8-1987.
  • Lagu Hijau Kuning mulai diperdengarkan kepada orang ramai, ciptaan Freddie Fernandez dan lirik oleh Dato Ahmad Basri Akil pada 9-9-1987.
  • Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1987 Kedah tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur pada 17-10-1987.
  • Radhi Mat Din dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir 1987 pada 17-10-1987.

Tahun 1988

  • Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta untuk kerja pengubahsuaian Stadium Darul Aman pada 2-6-1988.
  • Kedah tewas 0-3 kepada Kuala Lumpur dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2-6-1988.
  • Kedah menjadi juara Piala FAM-MSSM-Milo bawah 16 tahun di Stadium Ipoh, Perak. Kedah menewaskan Perak 2-1 pada 21-12-1988.

Tahun 1989

  • Tuan Haji Syed Hood Barakbah dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Kedah pada bulan Januari.
  • PKNK menjadi kelab pertama dari Kedah yang berjaya memasuki perlawanan akhir Piala FAM dan muncul sebagai juara menewaskan DBKL 1-0 pada 5-3-1989.
  • Sharp Roxy menjadi penaja pasukan bola sepak Kedah, pasukan bola sepak yang pertama di Malaysia dan Asia yang ditaja oleh syarikat berkenaan pada 26-3-1989.
  • Milous Kvacek mulai berkhidmat sebagai jurulatih pasukan separuh professional Kedah pada 7-4-1989.
  • Dato Seri Syed Nahar Syed Syeh Shahabudin dianugerahkan sebagai "Tokoh Istimewa Pembangunan Bola Sepak Kedah" oleh KFA pada 27-4-1989.
  • Eric Amsler diterima menjadi pemain import pertama Kedah pada 27-4-1989.
  • Kedah menjadi juara bola sepak Persatuan Bola Sepak China Malaysia (MFCA). Kedah menewaskan Selangor 4-1 di Stadium Darul Aman pada 22-5-1989.
  • Kedah berjaya mendapat khidmat Rincic Bratislav daripada kelab "Radnicki Nis Yugoslavia" dan V.Sundram Moorthy dari kelab "Old Boys of Basel Switzerland" pada 1-6-1989.
  • Kedah menewaskan Sarawak 4-1 di Stadium Darul Aman. Seterusnya menduduki tangga ke-3 dan berjaya merangkul hadiah wang tunai RM75,000 dalam Liga Semi-Pro 1989 yang pertama kali diperkenalkan pada 27-10-1989.
  • Slogan "Pulun Kedah Pulun" dilancarkan di Wisma FAM Kelana Jaya oleh Kelab Peminat Kedah (KEPAK) pada 1-12-1989.
  • Kedah muncul sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Kebangsaan di Seremban dengan Kedah menewaskan Perak 2-1 pada 29-11-1989.
  • Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1989, Kedah tewas lagi kepada musuh tradisi perlawanan akhir Kuala Lumpur 1-2 dan memenangi Piala Fair Play pada 3-12-1989.

Tahun 1990

  • Kedah mencatat sejarah di arena bola sepak negara setelah muncul sebagai juara Piala Malaysia 1990 di Stadium Merdeka dan memenangi Piala Fair Play pada 15-12-1990.
  • Lee Kin Hong dianugerahkan sebagai pemain terbaik semi-pro 1990 pada 15-12-1990.
  • KFA melancarkan projek pembangunan bola sepak menjelang tahun 2000 pada 30-12-1990.

Tahun 1991

  • Kedah memenangi Piala Sumbangsih dengan mengalahkan Singapura 2-1.
  • Kedah gagal melayakkan diri ke pertandingan Piala Malaysia dan jatuh ke Divisyen Dua Liga Semi-Pro.

Tahun 1992

  • Kedah dilatih oleh Robert Rene Albert telah menjuarai Divisyen Dua Liga Semi-Pro 1992 dengan rekod tanpa kalah, juga menjadi pasukan pertama dari Divisyen Dua layak ke pertandingan akhir Piala Malaysia menentang Pahang, tewas 0-1.
  • Peter Nieketien, Tibor Szabar dan Olunbumi Adigun telah mewakili pasukan Kedah (1992-93).

Tahun 1993

  • Kedah juara Divisyen Satu Liga Semi-Pro 1993 dan menjuarai Piala Malaysia 1993 dengan menewaskan Singapura 2-0.

Tahun 1994

  • Kedah ditewaskan Pahang 1-2 pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia, Kedah menduduki tempat kedua dalam kedudukan Liga Perdana, Kedah memenangi Piala Sumbangsih dan Kedah Juara Piala Milo bawah 18 tahun.
  • Pemain import Kedah ialah Olunbunmi Adigun, Tibor Szaban dan Jan Janostak.

Tahun 1995

  • Kedah menduduki tempat ke-4 dalam Liga Perdana 1995 dan Kedah menjadi naib juara Piala Milo bawah 18 tahun.
  • Pemain import Kedah ialah Jan Janostak, Tibor Szaban dan Philippe N Dioro yang menggantikan Tony Gaspareto.

Tahun 1996

  • Liga Semi-Pro diganti dengan Liga Malaysia (Liga M)
  • Mosthakeen Omar dilantik sebagai jurulatih Kedah.
  • Kedah menjadi juara Piala FA 1996 dengan menewaskan Sarawak 1-0, kedah menjadi naib juara Liga Perdana 1996, juara Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perlis 1-0 dan juara Piala Agung tewaskan Kelantan.
  • Kedah gagal layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.
  • Pemain import Kedah ialah Kane Mamadou dan Andre Luis Nascimento. (hanya dua pemain import dibenarkan untuk setiap pasukan negeri)

Tahun 1997

  • YAB Datuk Seri Sanusi bin Junid (Menteri Besar Kedah) telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA), Dato Haji Shafie merangkap setiausaha kehormat KFA dan Dato Syed Azizan Al-Idrus dilantik sebagai pengurus pasukan Kedah.
  • Pemain import Kedah ialah Andre Luis Nascimento, Kane Mamadou dan Carlos Roberio
  • Perlawanan pembukaan (Piala Sumbangsih), pasukan kedah tewas kepada Selangor 0-2 pada 5-4-1997.
Bibliografi
Penghargaan
 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024