CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Perahu Lumba
- Perahu Lumba
Mula 1-5 Akhir

Di zaman tidak ada jalan raya di Kedah ini, selain daripada denai gajah, perhubungan di antara satu tempat dengan tempat lain dilakukan dengan perahu. Perahu-perahu telah digunakan pula untuk berlumba pada hari-hari keramaian terutama kerana menyambut hari pertabalan atau hari keputeraan sultan di Alor Setar.

Mula-mulanya perlumbaan perahu ini diadakan di antara Pasukan Sultan dengan Pasukan Menteri. Mengikut adatnya, ahli-ahli pasukan terdiri daripada nelayan-nelayan yang berkayuh perahu ke laut setiap hari. Orang-orang sultan diambil dari nelayan-nelayan Kampung Hilir, Kuala Kedah dan orang-orang menteri dari Kampung Seberang Perak, Alor Setar dan juga dari Kampung Hulu, Kuala Kedah.

Orang-orang yang dipilih merasa megah menjadi anggota perahu lumba. Pengayuh-pengayuh sultan memakai pengikat kepala atau pun tengkolok yang sama. Pada masa itu perlumbaan kuda belum wujud lagi di sini dan perlumbaan perahu sajalah yang memberi peluang kepada peminat-peminat judi bertarung dan sebagainya.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Perahu Lumba | Pantang Larang | Isyarat Kayuhan | Teknik Kayuhan Pada Zaman Dahulu | Hari Ini Dalam Sejarah |
 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024