CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
- Sistem Penanaman Padi Cara Tradisional Di Kedah
Mula 4-18 Akhir
3. Mengerjakan Sawah

Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan terus menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-kerja yang seringkali dilakukan oleh mereka ialah:

1.  Menggala (Membajak) Sawah

Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya tenggala ini   dibuat daripada kayu-kayu terpilih yang senang dibentuk iaitu lazimnya kayu halban. Dalam menjalankan kerja-kerja ini selalunya tenaga kerbau digunakan tetapi ada ketikanya tenaga lembu digunakan. Biasanya kerja-kerja yang dijalankan dengan kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana tenaga lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk membalik-balikkan tanah sawah.

2.  Menyisir (Sisir)

Setelah selesai kerja-kerja menggala (membajak), ketulan-ketulan tanah semasa menggala akan dibiarkan selama beberapa hari berendam air, bertujuan untuk melembutkannya. Untuk menghalus, merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai, sejenis alat persawahan tradisional yang disebut sebagai penyisir atau sisir digunakan. Ada tiga jenis penyisir iaitu:

  1. Penyisir Kayu
    Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau giginya dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut halus.
  2. Penyisir Besi
    Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada besi semuanya kecuali pemegangnya sahaja dibuat daripada kayu.
  3. Penyisir Kapar / Sisir Kapar
    Penyisir ini berbentuk T. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya daripada batang nibong atau pinang.
Bibliografi
     
 

Menggala (Membajak Sawah)

Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau.


Kerbau

Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala.

Sisir Besi

Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai.


Sisir Kapar

Untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah.
 
     
 
   
 
| Sistem Penanaman Padi | 1. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian | 2. Penyediaan Benih Padi | 3. Mengerjakan Sawah | Menggiling Tanah | 4. Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian | 5. Menanam Padi | 6. Penjagaan | Musim Menuai | Menggunakan Kayu (Dong) | Memukul (Membanting) Padi | Mengangkut Padi | Menghuroi (Menguroi) | Menyimpan Padi | Penghasilan Beras | Menampi | Antara Bahasa Yang Digunakan Oleh Petani Dengan Kerbau Semasa Mengerjakan Sawah Padi | Peralatan-Peralatan Tradisional Tanaman Padi |
 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024