|
Tarian Labi-Labi
Tarian Labi-Labi adalah tarian rakyat di daerah Rompin dan Pekan. Tarian ini ditarikan oleh seramai 8 orang penari iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Persembahan tarian dimulakan dengan pencak silat serta ditarikan di hadapan bunga telur, nasi kunyit dan tepak sirih. Tarian ini bercorak komedi. Penari-penari wanita berlagak sebagai anak labi-labi yang keluar dari sarungnya untuk mendapatkan pisang yang diikat pada hujung buluh panjang. Manakala penari lelaki bertindak mengelilingi penari wanitanya. Penari lelakinya lengkap berpakaian Melayu serta memakai kain samping dan tengkolok. Penari wanita berkebaya pendek serta kain sarung. Alat muzik ialah gendang buluh, rebana, gong, kertuk dan serunai.
|
|