CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Setem Kenangan Negeri Kedah
- Pengenalan
Bibliografi
Penghargaan
Pengenalan

Idea untuk melekatkan setem pada sampul sebagai tanda pembayaran perkhidmatan pos datangnya daripada seorang pengetua sekolah Inggeris di Great Britain pada tahun 1837 iaitu Rowland Hill.

Penggunaan setem di Kedah bermula ketika di bawah naungan Kerajaan Siam. Setiap sampul surat yang dihantar ketika itu hendaklah menggunakan setem Siam dan dicap di atas setem tersebut satu bentuk bulat yang tertera perkataan Kedah dan tarikh di dalamnya sebagai tanda penjelasan ke atas perkhidmatan Pos (Cap Pos).

Di dalam tahun 1990 sehingga 1912, penggunaan setem British pula menjadi satu kemestian kepada seluruh penduduk Negeri Kedah di dalam menjalankan urusan penghantaran surat atau bungkusan.

Pada peringkat perawalan pengambilan tampuk pemerintahan Inggeris di negeri Kedah daripada Kerajaan Siam dalam mentadbirkan perkhidmatan pos, mereka telah mengarahkan penduduk Negeri Kedah menggunakan setem Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bagi satu tempoh sementara sebelum penyelarasan untuk penyeragaman setem dibuat.

Pada tanggal 16 Jun 1912, setem baru bagi Negeri Kedah telah dikeluarkan untuk menggantikan penggunaan setem Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ini menunjukkan bahawa setem terdahulunya digunakan selama 2 tahun 11 bulan sahaja. Kadar setem yang dikenakan semasa penggunaan setem baru itu ialah satu sen bagi poskad tempatan dan bahan bercetak, tiga sen bagi surat tempatan dan empat sen untuk surat ke United Kingdom serta jajahannya.

Semasa di bawah pemerintahan Inggeris, terdapat enam buah pejabat pos yang dibuka iaitu di Baling, Jitra, Lunas, Semeling dan Yan pada tahun 1910 serta Sungai Petani pada tahun 1911. Pembukaan pejabat-pejabat pos tersebut telah menjadikan jumlahnya dari lima kepada sebelas iaitu dengan diambil kira pejabat pos yang beroperasi semasa pemerintahan Siam seperti Alor Setar, Kangar, Kuala Muda, Kulim dan Langkawi

Tahun 1942 menyaksikan sekali lagi setem di Negeri Kedah bertukar bentuk mengikut pemerintahan Jepun. Setem yang dikeluarkan adalah dalam bentuk tulisan Jepun dan mempunyai gambar buah-buahan tempatan, tugu peringatan, aktiviti menoreh getah, kapal korek bijih timah, petani membajak sawah dan lain-lain lagi sehinggalah pada tahun 1945, ianya kembali bertukar kepada bentuk sebelumnya.

Pada masa kini, setem-setem Negeri Kedah yang dikeluarkan adalah dalam bentuk mata wang satu sen, dua sen, lima sen, sepuluh sen, lima belas sen, dua puluh sen dan tiga puluh sen. Untuk jumlah yang lebih besar, ianya dikeluarkan dengan dicetak perkataan Malaysia bersama gambar umum yang berkaitan dengan negara sahaja.

 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024