CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Madu Lebah
- Pengenalan
Penghargaan
Pengenalan

Allah S.W.T. telah menciptakan sekalian makhluk-Nya dan memudahkan untuk mereka barang yang diperlukan mereka untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Allah S.W.T. telah menciptakan sejenis serangga yang dipanggil lebah. Madunya mempunyai berbagai-bagai manfaat dan penyembuh bagi keharmonian dan kebahagian hidup manusia.

Di dalam Al-Quran pada surah "An-Nahl" (lebah) telah menceritakan tentang kewujudan lebah madu. Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah "An-Nahl" yang bermaksud :

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat
yang boleh menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
yang memikirkannya.

Dalam surah tersebut juga Allah S.W.T. telah menerangkan bahawa madu juga boleh dijadikan ubat kepada manusia selain dijadikan makanan. Ayat 68-69 ini juga dinamakan ayat "syifa" iaitu ayat penyembuh.

Lebah juga sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir Dinasti Pertama pada tahun 300 sebelum masihi. Beliau menggunakan lebah sebagai manisan dan dijadikan mata wang serta lambang sejarah.

Di Sepanyol pula telah dijumpai batu bersurat pada sebelum masihi yang terdapat lukisan yang nenunjukkan pencari lebah memanjat batu-batu besar bagi memungut madu. Banyak lagi penemuan lain yang telah dijumpai yang menggambarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lebah dan madu pada tahun sebelum masihi seperti pada Zaman Tamadun Parsi, Greek, Rom dan sebagainya.

Di Asia Tenggara sehingga ke hari ini belum ada penemuan sejarah membuktikan bahawa masyarakat zaman sebelum masihi menjalankan usaha mendapatkan madu daripada lebah. Lebah Madu merupakan serangga yang penting dalam proses pendebungaan pokok. Ia amat berfaedah pada keseluruhan masa hidupnya dan dalam masa satu hari, ia akan melawati bunga-bunga dan menyebarkan debunga dengan banyaknya.

Kitaran Hidup Lebah

Empat peringkat pertumbuhan lebah:

  1. Telur
  2. Larva
  3. Pupa
  4. Dewasa
 
 
   
 
 
     
 
     
10 November 2024