CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Nobat Di Raja Kedah
- Pengenalan
Penghargaan
Pengenalan

Sebelum ini nama Nobat dan bunyinya hanya dikenali oleh penduduk yang tinggal di kawasan yang berdekatan dengan tempat Nobat dimainkan seperti di Bandar Alor Setar.

Balai Nobat merupakan tempat alat-alat pemainan ini dimainkan. Nobat yang ada di Kedah merupakan yang tertua sekali dan bersejarah di Tanah Melayu. Selain Nobat Kedah, terdapat juga Nobat di negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor dan Terengganu. Mengikut riwayat, Nobat Kedah dan Perak merupakan yang paling tua.

Sehingga kini masih terdapat penduduk tempatan yang tidak tahu atau kenal dengan Nobat ini. Ini disebabkan generasi muda sekarang tidak lagi mengambil berat tentang sejarah tempatan mereka sendiri.

Nobat sebenarnya sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan pada masa-masa tertentu oleh orang-orang tertentu iaitu orang-orang Nobat.

Ia dimainkan khas untuk majlis-majlis Raja atau Sultan dan menjadi kemuliaan serta kebesaran bagi Raja-Raja dahulu. Hingga sekarang ini pegangan itu masih diteruskan lagi.

 
 
   
 
 
     
 
     
28 July 2017