CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Senjata-senjata Tradisional Melayu
- Pengenalan
Penghargaan
Pengenalan

Orang-orang Melayu telah membuat dan menggunakan senjata semenjak sekurang-kurangnya lima ratus tahun dahulu dan mereka juga telah menempah beberapa jenis alat-alat senjata lain seperti parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya.

Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakkan senjata Melayu telah ditempah untuk kegunaan pertarungan ataupun untuk pertahanan diri mahupun serangan.

Menurut penelitian para ahli penyelidik yang bijaksana senjata seperti ini hanyalah terdapat di Asia Tenggara, khususnya di Kepulauan Nusantara. Walau bagaimanapun, keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah di antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tadi telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.

Selaras dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan. Walaupun begitu senjata-senjata ini tetap menyerupai senjata-senjata pertarungan dengan segala keasliannya dan tetap halus buatannya. Tetapi kini fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni.

Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.

 
 
   
 
 
     
 
     
03 December 2024