CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Langkawi Di Ambang Modenisasi
- Pengenalan
Bibliografi
Penghargaan
Pengenalan

Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada destinasi utama industri pelancongan di Negeri Kedah. Langkawi banyak memaparkan keindahan semulajadi flora dan faunanya yang jauh dari kesibukan kota metropolitan.

Merangkumi 104 pulau-pulau kecil dan merupakan pulau yang terbesar di antara pulau-pulau tersebut. Terletak di utara Semenanjung Malaysia di antara garis lintang 6o10'U ~ 6o30'U dan garis bujur 99o35'T ~ 100'T dengan keluasan 520 km/per (32,180 hektar). Iklimnya merupakan iklim panas Tropika dengan purata suhu sepanjang tahun 24oC ~ 33oC. Jaraknya daripada Pulau Pinang 109 km, Kuala Kedah 51.5 km dan Kuala Perlis 30 km. Di bahagikan kepada 6 buah mukim iaitu Kuah, Padang Matsirat, Ayer Hangat, Bohor, Ulu Melaka dan Kedawang.

Di antara gugusan beratus buah pulau itu hanya dua buah pulau sahaja yang didiami orang iaitu Pulau Langkawi dan Pulau Tuba. Kawasan yang mempunyai bilangan penduduk ramai ialah Pekan Kuah, Padang Matsirat dan Padang Lalang. Jumlah penduduk Langkawi pada tahun 1995 dianggarkan seramai 54,000 orang dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 75,000 orang menjelang tahun 2000. Walau bagaimanapun penduduk Langkawi masih bergantung kepada penanaman padi dan getah serta kegiatan perikanan.

Pintu masuk utama ke Pulau Langkawi melalui Jeti Kuah ialah sama ada melalui Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang. Bagi pelawat yang menggunakan pengangkutan udara daripada Kuala Lumpur, Penang dan Singapura, Langkawi telah menyediakan pelbagai kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024