CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Pakaian dan Perhiasan Tradisional Negeri Kedah
- Pengenalan
Penghargaan
Pengenalan

Sejarah China pada abad Dinasti Liang ada menyebut bahawa penduduk Langkasuka tidak suka berambut panjang. Kepala mereka dicukur licin dan mereka memakai pakaian yang ditenun daripada kapas dan berbaju tanpa lengan. Kaum wanita pula memakai kain kapas dan perhiasan pertama yang berbentuk seperti cincin bergantungan di seluruh badan.

Pakaian sering dikaitkan dengan fesyen, walau bagaimanapun pakaian tradisional sesuatu bangsa bukan fesyen. Oleh itu, ia tidak berubah dan di dalamnya terkandung intisari seni budaya dan peradaban bangsa itu. Ia boleh berkekalan sehingga menjadi klasik dengan mengabadikan segala keindahannya atau pakaian tersebut disayangi, dihargai dan dipelihara.

Di Kedah, pakaian tradisional yang terkenal ialah Baju Kedah. Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Pakaian ini dipakai oleh ramai wanita Kedah. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai keparas punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak hiasan.

Orang lelaki Kedah pula gemar memakai Seluar Hitam dan Baju Baba yang juga berwarna hitam. Selain daripada Baju Baba, dipakai juga baju Melayu Cekak Musang dan Baju Petani Leher Johor, sampingnya Kain Pelikat Tapak Catur dan setangan dikepala ialah kain batik. Di pinggang sentiasa terselit Golok Kedah. Masing-masing tidak berkasut dan yang berada Berpayung Cina. Orang-orang yang dihormati pula memakai Kain Bebat di pinggang. Bebat yang baik ialah dari Sutera Siam atau pun Kain Cindai.

Perhiasan pakaian kepala pula merupakan jenis-jenis pakaian kepala seperti tengkolok, selendang, songkok dan semutar. Perhiasan diri pula merupakan barang-barang kemas yang terdiri dari rantai, gelang tangan, gelang kaki, subang dan cincin. Kasut pula terdiri daripada terompah kayu, kasut-kasut yang bertekat dan ditaburi dengan manik.

Kehebatan dan kepelbagaian Pakaian Tradisional Kedah dianggap sebagai satu cabang kebudayaan tradisi Kedah yang menekankan bentuk-bentuk dan reka corak yang tersendiri.

 
 
   
 
 
     
 
     
19 March 2024