|
Tarian Endang
Tarian Endang merupakan tarian yang berasal dari Negari Sembilan. Tarian Endang ditarikan dengan iringan muzik caklempong iaitu muzik tradisional Minangkabau. Tarian ini mengutamakan paluan gong. Penari-penari terdiri daripada gadis dan teruna. Mereka duduk bersimpuh dalam satu barisan. Tarian dimulakan dengan merapatkan tangan ke dada sebagai tanda hormat kepada penonton dan memberitahu persembahan akan bermula. Penari-penari memakai pakaian yang sama iaitu pakaian pahlawan berwarna hitam dan bertengkolok hitam. Tarian ini memerlukan pergerakan badan, tangan dan kepala.
|
|