|
Tarian Canggung
Tarian Canggung amat popular di bahagian Utara Semenanjung Malaysia seperti Negeri Perlis dan Kedah. Dalam bahasa Thai, canggung bermaksud menari. Tarian Canggung biasanya ditarikan pada musim-musim keramaian seperti selepas musim menuai. Tarian ini bertujuan meghiburkan para petani. Tarian ini disertakan dengan berbalas-balas pantun oleh pemuda dan pemudi yang menarikannya.
|
|