CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Ulama dan institusi pondok di Kedah
- Sistem Pendidikan Pondok
Mula 9-12 Akhir
Haji Yaakob Bin Haji Ahmad

Haji Yaakob dilahirkan di Kampung Surau Mukim Pedu, Kuala Nerang. Beliau mendapat pendidikan awal daripada ayahnya, Haji Ahmad Lebai Salleh yang merupakan seorang imam di kampung tersebut. Pada tahun 1870, Haji Yaakob mula mempelajari agama dengan lebih mendalam di Masjidil Haram di Mekah untuk pengajian Fiqah, Tauhid, Usuluddin, Tasawuf, Hadis dan Tafsir. Sepanjang 30 tahun berada di Mekah, beliau telah menuntut dengan beberapa orang guru, antaranya ialah Syeikh Abdul Qadir, Syeikh Ali Maliki dan Syeikh Abdullah Zawawi. Beliau sangat cekap menguasai bahasa Arab di samping mendalami pengajian ilmu Tafsir, Tauhid, Hadis, Usuluddindan Fekah.

Pada tahun 1901, beliau berhijrah ke Pendang dan telah membuka pusat pendidikan pondok di Kampung Batu Menunggul, Mukim Air Puteh. Sewaktu mentadbir di Batu Menunggul, terdapat kira-kira 300 orang pelajar dari beberapa buah negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan sebahagian dari Indonesia berguru dengan beliau. Pada tahun 1940 hingga tahun 1942, beliau telah membuka sebuah lagi Pusat Pendidikan Pondok di Kampung Bendang, Kuala Nerang. Pondok itu berpindah ke Kampung Bukit Gedung, Mukim Belimbing Kanan, Daerah Padang Terap pada tahun 1942 hingga tahun 1943.

Antara kitab-kitab yang digunakan sebagai panduan semasa mengajar ialah Fiqah, Tauhid, Usuluddin, Tasawuf dan Tafsir. Kitab Tauhid yang digunakan ialah Hidayah al Hidayah, Dur al Thamin, Aqidah al Najin, Zahrah al Murid dan Kifayah al Awam. Manakala kitab Tasawuf ialah Minhaj al Abidin, Risalah al Muawanah, Dur al Nafis dan Ihya Ulumuddin. Kitab Hadis terdiri daripada Samma al Muhammadiyah, Jam ul Fawaid dan Juhar al Tauhid.

Haji Yaakob meninggal dunia dalam usia 80 tahun, kerana sakit tua dan dikebumikan di tanah perkuburan Kuala Nerang.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Sistem Pendidikan Pondok | Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Kadir | Dato' Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah | Sheikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh | Muhammad Salleh Bin Haji Hashim | Tuan Hussain Mohd Nasir Al-Mas'udi Al-Banjari (Tuan Hussin Kedah) | Haji Hussain Che Dol | Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek | Haji Yaakob Bin Haji Ahmad | Haji Abdullah Abbas Nasution | Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Awang | Tuan Haji Muhammad Said Bin Muhammad Taib (Haji Muhammad Said Yan) |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024