CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Ulama dan institusi pondok di Kedah
- Sistem Pendidikan Pondok
Mula 8-12 Akhir
Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek

Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek dilahirkan pada tahun 1874 di sebuah desa pedalaman iaitu Kampung Pulau Tengah dalam Mukim Padang Kerbau, Daerah Kota Star. Haji Wan Sulaiman bertolak ke Mekah dengan dibiayai oleh ibu dan saudara-saudaranya pada tahun 1887. Selama 17 tahun berada di Mekah, Haji Wan Sulaiman berjaya menguasai pelbagai ilmu agama Islam termasuklah bahasa Arab, Nahu, Saraf, Hadis, pembacaan dan pengkajian Al-Quran dan ilmu Falakiah.

Madrasah Al-Hamidiah yang lebih dikenali sebagai Madrasah Pak Wan Sulaiman atau Sekolah Arab Limbong Kapal itu telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang berkelulusan dalam pelbagai bidang seperti menjadi pentadbir, kadi, guru dan pemimpin masyarakat. Antara tokoh-tokoh terkenal termasuklah Dato Sheikh Abdul Majid Bin Mohd. Noor iaitu bekas Pengetua Maktab Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Islam Kedah; Allahyarham Sheikh Saad Bin Said, Pengasas Sekolah Attarbiatul-Islamiah dan bekas Kadi Besar Kedah dan Allahyarham Sheikh Salleh Bin Shamsuddin, Guru Maktab Mahmud. Haji Wan Sulaiman bersama dengan Tunku Mahmud kemudiannya merancang untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah agama yang lebih tinggi pengajiannya. "Al-Ma hadil Mahmud" atau Maktab Mahmud yang terletak di Simpang Kuala, Alor Star telah dibina pada 16 Jun 1936 iaitu setelah setahun kematian Haji Wan Sulaiman. Maktab ini mengambil sempena nama Tunku Mahmud.

Haji Wan Sulaiman meninggal secara mengejut di rumahnya di Limbong Kapal pada 28 Muharam 1354 bersamaan 2 Mei 1935 iaitu dalam usia 61 tahun. Bagi mengenangkan sumbangan Haji Wan Sulaiman yang amat bernilai itu, Kerajaan Kedah telah memberikan sanjungan dan penghormatan yang tinggi kepadanya dengan mengizinkan jenazahnya dikebumikan di Makam Diraja. Selain itu, Sekolah Kebangsaan Kanchut di bandar Alor Star telah diabadikan dengan nama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidek yang didirikan pada 1 Mac 1985.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Sistem Pendidikan Pondok | Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Kadir | Dato' Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah | Sheikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh | Muhammad Salleh Bin Haji Hashim | Tuan Hussain Mohd Nasir Al-Mas'udi Al-Banjari (Tuan Hussin Kedah) | Haji Hussain Che Dol | Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek | Haji Yaakob Bin Haji Ahmad | Haji Abdullah Abbas Nasution | Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Awang | Tuan Haji Muhammad Said Bin Muhammad Taib (Haji Muhammad Said Yan) |
 
 
   
 
 
     
 
     
17 January 2022