CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Ulama dan institusi pondok di Kedah
- Sistem Pendidikan Pondok
Mula 6-12 Akhir
Tuan Hussain Mohd Nasir Al-Mas'udi Al-Banjari (Tuan Hussin Kedah)

Tuan Hussain lahir pada 2 November 1863 bersamaan 20 Jamadil Awal 1280 H di Titi Gajah, Alor Star, Kedah. Beliau yang lebih dikenali sebagai Tuan Hussain Kedah telah mendapat didikan agama dan pelajaran bahasa Arab dari datuknya, Tuan Haji Muhammad Taib Bin Haji Mas ud sejak kecil lagi. Pada tahun 1881 ketika beliau berusia 18 tahun, Tuan Hussain telah dihantar untuk belajar di pondok Tuan Samela di Patani selama setahun. Pada tahun 1892, beliau berangkat ke Mekah bersama isterinya iaitu Wan Khadijah Binti Wan Yusof untuk mengerjakan haji dan menambahkan pengetahuan agamanya. Apabila Tuan Hussain pulang dari Mekah pada tahun 1896, beliau meneruskan pengajarannya di pondok Titi Gajah dan pada waktu yang sama beliau ditawarkan untuk membuka pondok di Kampung Alor Ganu, sebuah perkampungan yang berhampiran. Beliau menerima tawaran tersebut dan mengajar di sana selama tiga tahun.

Pada tahun 1900, beliau berpindah ke Bohor dan membuka pondoknya di sana. Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di pondok Bohor berumur antara 15 hingga 60 tahun. Terdapat dua kumpulan pondok iaitu Pondok Dalam di mana disediakan untuk orang yang sudah berkeluarga dan Pondok Luar untuk anak-anak bujang. Tuan Hussain mengendalikan pondoknya di Bohor selama 12 tahun sehingga beliau terkenal dengan panggilan "Tuan Hussain Bohor". Pada tahun 1912, Tuan Hussain berpindah pula ke Bagan Ulu dan membuka pondok di situ. Tempat ini sekarang dikenali sebagai Pantai Merdeka. Pelajar-pelajarnya berjumlah lebih 400 orang. Antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Merbok. Tuan Hussain mentadbir pondok Bagan Ulu selama 8 tahun sebelum membuka pondok baru di Selengkoh, Mukim Sungai Limau. Kepulangannya dari Mekah pada tahun 1924 telah memberi ilham kepada Tuan Hussain untuk membuka pondok baru pula di Padang Lumat. Pada 10 Februari 1936, dengan kehendak Allah, Tuan Hussain pulang ke rahmatullah setelah jatuh sakit di pondoknya di Pokok Sena, Seberang Perai. Jenazahnya dikebumikan di perkuburan Titi Gajah.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Sistem Pendidikan Pondok | Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Kadir | Dato' Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah | Sheikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh | Muhammad Salleh Bin Haji Hashim | Tuan Hussain Mohd Nasir Al-Mas'udi Al-Banjari (Tuan Hussin Kedah) | Haji Hussain Che Dol | Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek | Haji Yaakob Bin Haji Ahmad | Haji Abdullah Abbas Nasution | Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Awang | Tuan Haji Muhammad Said Bin Muhammad Taib (Haji Muhammad Said Yan) |
 
 
   
 
 
     
 
     
20 April 2024