CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Ulama dan institusi pondok di Kedah
- Sistem Pendidikan Pondok
Mula 5-12 Akhir
Muhammad Salleh Bin Haji Hashim

Haji Muhammad Salleh dilahirkan di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang, Jitra pada tahun 1864. Pendidikan awal yang diterima beliau ialah menerusi pondok Kampung Pulau Pisang yang ditadbir oleh datuknya. Haji Muhammad Salleh adalah cucu kepada Haji Ishak Bin Muhammad Hashim, pengasas pusat pendidikan pondok Kampung Pulau Pisang dan Kadi Besar di negeri Kubang Pasu Darulqiyam yang diperintah oleh Tunku Anom dari tahun 1841 sehingga tahun 1853. Beliau telah dihantar ke Mekah untuk memperluaskan lagi pengetahuan keagamaan pada tahun 1879 dan berada di sana selama 15 tahun.

Pusat pendidikan pondok di Pulau Pisang terus mendapat perhatian setelah kematian Haji Ishak kerana Haji Muhammad Salleh telah meningkatkan kegemilangan pondok tersebut di mana terdapat pertambahan jumlah murid iaitu di antara 800 hingga 1,000 orang. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah perkembangan dan kemajuan pusat pendidikan pondok di Kampung Pulau Pisang semasa pentadbirannya. Pertamanya, dari segi sejarah, Pulau Pisang telah mencapai taraf bandar dan menjadi ibu negeri Kubang Pasu sewaktu pemerintahan Tunku Anom. Keduanya, Haji Ishak yang telah menjadi Kadi Besar berjaya meletakkan asas ajaran Islam yang kukuh. Ketiganya, kewibawaan Haji Muhammad Salleh sendiri sebagai ulama yang gigih meninggikan syiar Islam dan keempatnya, kesedaran masyarakat untuk mendapat ilmu akhirat di samping menjauhi kejahilan.

Beliau tidak hanya melibatkan diri dalam bidang keagamaan sahaja, di mana beliau bertanggungjawab menyediakan kemudahan sosial seperti membina jalan besar iaitu sebatang jalan besar yang menghubungi Kampung Pulau Pisang dengan Pekan Tunjang. Selain itu, beliau telah mengemaskini Masjid Ishaqiah dan mengasaskan more dan kenduri berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan. Setelah berbakti selama 50 tahun mengembangkan ajaran Islam di pondok Pulau Pisang, beliau meninggal dunia pada tahun 1944.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Sistem Pendidikan Pondok | Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Kadir | Dato' Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah | Sheikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh | Muhammad Salleh Bin Haji Hashim | Tuan Hussain Mohd Nasir Al-Mas'udi Al-Banjari (Tuan Hussin Kedah) | Haji Hussain Che Dol | Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek | Haji Yaakob Bin Haji Ahmad | Haji Abdullah Abbas Nasution | Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Awang | Tuan Haji Muhammad Said Bin Muhammad Taib (Haji Muhammad Said Yan) |
 
 
   
 
 
     
 
     
29 March 2024