CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Perahu Lumba
- Perahu Lumba
Mula 4-5 Akhir
Teknik Kayuhan Pada Zaman Dahulu

Cara-cara yang elok menaiki perahu lumba ialah dengan berbaris dahulu, jurumudi di hadapan dan luan di belakang sekali. Jurumudu menaiki dahulu dari luan sambil berjalan memijak "Kong" terus ke tempatnya di belakang. Orang lain mengikutnya dan duduk di tempat masing-masing dengan tidak ada langkah melangkah di dalam perahu.

Satu daripada petua Tunku Kassim ialah jangan mendiamkan dari perahu di garisan permulaan dan bergerak hanya selepas tempakkan pistol dilepaskan. Perahu hendaklah berada jauh sikit dibelakang garisan permulaan tetapi dikayuh supaya sampai ke garisan seelok sahaja tempakkan pistol dilepaskan. Lajak perahu itu boleh mengalahkan perahu yang baru hendak mula mengayuh.

Jurumudi akan meneruskan pergerakan perahu dengan "kabiq" dan "wit" dan luan akan menentukan rentak (ritma) berkayuh, membenam, memancing, menimbuk, menghantar atau menggunakan pelbagai kombinasi. Luan tidak perlu berkayuh keran tenaga yang cukup untuk mengeluar arahan diperlukan daripadanya.

Bibliografi
Penghargaan
 
   
 
| Perahu Lumba | Pantang Larang | Isyarat Kayuhan | Teknik Kayuhan Pada Zaman Dahulu | Hari Ini Dalam Sejarah |
 
 
   
 
 
     
 
     
22 November 2017