CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Sejarah Terusan Wan Muhammad Saman
- Wan Muhammad Saman Dilantik Sebagai Perdana Menteri
Mula 1-1 Akhir
Dilantik Sebagai Perdana Menteri

Sebagai anak pembesar, beliau diajar dengan pelbagai ilmu terutama ilmu peperangan. Oleh kerana beliau telah menunjukkan bakat kepimpinannya dan mempunyai kebolehan, maka Sultan Ahmad Tajuddin III telah memilih Wan Muhammad Saman mengiringi baginda Sultan ke Negeri Thai pada tahun 1865 untuk meninjau pembangunan di sana. Pada tahun 1870, Sultan Ahmad Tajuddin III dalam usaha membangunkan Kedah telah mewujudkan jawatan Perdana Menteri dan telah melantik Wan Muhammad Saman sebagai Perdana Menteri Kedah.

Apabila beliau memegang jawatan Perdana Menteri, beliau telah mengadakan beberapa perubahan di dalam struktur pentadbiran Negeri Kedah. Buat pertama kalinya beliau berusaha untuk menyelaras semua pemerintahan di bawah pentadbiran beliau. Di dalam konteks itulah Wan Muhammad Saman telah menjadikan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Negeri Kedah.

Penghargaan
 
 
   
 
 
     
 
     
16 April 2024